Azamin Amin
Mon | Feb 11, 08 | 10:03:15 am MYT
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Hrkh) - Pengumuman Pengerusi Barisan Nasional (BN)
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pembangunan koridor yang bakal
dijelmakan setelah empat tahun menjadi Perdana Menteri, sewajarnya rakyat
mengambil perhatian serius jumlah wang yang bakal 'disamun' dan dileburkan
olehnya bersama kalangan orang keliling serta puak-puak kroninya.
Berikut adalah senarai jumlah 'pembaziran' projek mega yang ditulis oleh
Dato' Kamal Amir di laman web Malaysia Today :-
1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM 240 bilion
2. Pembangunan Koridor Utara RM 160 bilion
3. Pembangunan Koridor Pantai Timur RM 170 bilion
4. Pembangunan Koridor Sabah RM 115 bilion
5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang RM 24 bilion
6. Jambatan Pulau Pinang ke dua RM 3 bilion
Jumlah keseluruhannya RM 712 bilion
"Tahukah anda jumlah 712 bilion itu banyak mana agaknya?
"Seperti yang pernah saya tulis satu ketika dahulu, untuk tempoh 22 tahun
sebagai peneraju kepimpinan negara mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamed berbelanja sejumlah RM350 bilion untuk kos pembangunan, sebaliknya
Abdullah Ahmad Badawi pula baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih 700
bilion," kata Kamal dalam laman web tersebut.
Selain itu beliau turut menyenaraikan jumlah pembaziran dan penyalahgunaan
wang rakyat yang telah dilakukan sepanjang era Abdullah menjadi Perdana
Menteri sebelum rakyat memilih sekali lagi BN dalam pilhan raya umum akan
datang:-
1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM 1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS - RM 8,390,000.00
3. Kompleks Brickendonbury di London - RM 70,000,000.00
4. Kos memperbaiki MRR 2 - RM 70,000,000.00
5. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade - RM 120,000,000.
6. Pembelian jet baru Abdullah - RM200,000,000.
7. Hutang tertunggak dai InventQjaya 228,000,000.
8. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok - RM
257,000,000.
9. Kerugian pembelian saham Agusta - RM 510,000,000.
10. Kos AP anugerah Rafidah @30,000 x 1,800,000 - tidak terhitung
11. Pembelian 3 buah submarine - RM 4,100,000,000.
12. Skandal PKFZ - RM 4,600,000,000.
13. Skandal OPV (NDSB) - RM 6,750,000,000.
"Kini sekali lagi Abdullah meminta mandat dari rakyat melalui musim pilihan
raya ke-12 dengan alasan banyak lagi yang belum selesai," kata Kamal.
"Masih mampukah rakyat untuk merelakan kehidupan mereka berada dalam situasi
penuh derita menghadapi hari-hari mendatang dengan meletakkan harapan kepada
pimpinan Abdullah ini?" soalnya. - mks.
Fikir-fikirkan la..........
Confidential/
[Non-text portions of this message have been removed]
Join us @ http://www.umic.org.my
Online forum http://groups.yahoo.com/group/UnitedMalaysianIndianClub/
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar